Saturday, 25 February 2012

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Belum Tiba Masanya

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Kasih Sayang Menurut Islam


Daripada Anas b. Malik, daripada Nabi S.A.W telah bersabda: 

"Seseorang kamu tidak beriman masih tidak sempurna Iman sehingga Allah dan Rasul-NYA lebih disayanginya dicintainya daripada apa yang selain kedua-dua Allah dan Rasul-NYA...)"

Rasa cinta pasti hadir dalam diri manusia.  Rasa cinta menjadi isyarat mengeratkan hubungan dalam kehidupan sama ada dengan Allah, Rasul dan kalanga manusia. Rasulullah memberi pesanan dan panduan kepada umatnya yang bercinta.

Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik RA, pelayan baginda Rasulullah SAW berkata:

"Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya sendiri.  (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ahlan Wasahlan



Assalamualaikum Warahmatullah.. Blog ni direka khas untuk tatapan dan luahan hatiku sendiri.Buat pembaca blog ni,.. Maaf andai ada yang tersinggung atau kecil hati atas post yang saya publish.. Mahabbah.. Kasih Sayang.. Kasih Sayang yang aku berikan kepada seseorang yang berjaya mencuri hatiku.. Aku sangat menyayanginya.. Tetapi bagiku Allah S.W.T yang utama. Rasulullah S.A.W dan seterusnya kedua ibu bapaku.. Jujur aku katakan.. Aku amat menyayanginya..
" Sayang seseorang kerana Allah ".. Itulah ayat yang dikatakan oleh Ustaz ku iaitu Ustaz Halim.. Aku sayang Ibu bapa,keluarga, guru dan rakan rakan kerana Allah.. Insyaallah aku akan menyayangi 'dia' kerana Allah..

Sayang kerana Allah

Ya Allah, Jika aku jatuh cinta,.. Maka jatuhkan lah cintaku kepada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada-Mu.. Agar bertambah kekuatanku untuk terus mencintai dan menyayanginya..